|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
 |
Portal KMK ini merupakan inisiatif INTAN untuk memenuhi keperluan mendapatkan pangkalan data yang komprehensif supaya pelaksanaan program KMK dapat dijalankan secara sistematik. Program KMK merupakan usaha berterusan untuk menjana nilai tambah kepada perkhidmatan yang sedia ada bagi memastikan perkhidmatan sektor awam adalah lebih mantap. Melalui portal ini, anggota perkhidmatan awam berpeluang mengkaji dan menggunapakai amalan-amalan terbaik yang dipraktikkan di organisasi yang telah berjaya dalam pengurusan projek KMK. Bahan rujukan berkaitan KMK serta modul-modul yang disediakan dalam Portal ini akan memudahkan perkongsian ilmu di antara komuniti KMK secara on-line.
|
|
|
 |
|
 |
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN KE-26 TAHUN 2009
|
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), JPA dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-26 Tahun 2009.
Lokasi: Hotel Syuen, Ipoh, Perak
Tarikh: 9 hingga 11 November 2009
Tema: KIK: Penggerak Kreativiti, Inovasi dan Produktiviti.
TAHNIAH KEPADA PEMENANG DAN SEMUA PESERTA PERINGKAT AKHIR!
ANUGERAH KETUA SETIAUSAHA NEGARA
KATEGORI PENGURUSAN: KARISMA (WAKIL JOHOR)
Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
Bahagian Farmasi, Jalan Salleh,
84000 Muar, Johor Darul Ta’azim.
KATEGORI TEKNIKAL: G2 – Jitu (WAKIL PERLIS)
Kastam Diraja Malaysia Negeri Perlis,
Kompleks Kastam Negeri, Jalan Kampong Pondok,
01000 Kangar, Perlis.
ANUGERAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KATEGORI PENGURUSAN: SASSOKU (WAKIL SARAWAK)
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak,
Bahagian Kuching, Jalan Badruddin,
93576 Kuching, Sarawak.
KATEGORI TEKNIKAL: OPTIK (WAKIL SARAWAK)
Jabatan Penyiaran Malaysia,
Bangunan Penyiaran, Jalan P. Ramlee,
93614 Kuching, Sarawak.
ANUGERAH KETUA PENGARAH MAMPU
KATEGORI PENGURUSAN: X-Bina (WAKIL PAHANG)
Majlis Perbandaran Kuantan,
Jabatan Perancangan dan Pembangunan,
Jalan Tanah Putih,
25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
KATEGORI TEKNIKAL: IGNIS (WAKIL PULAU PINANG)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Balai Bomba dan Penyelamat,
Jalan Bagan Luar,
12000 Butterworth, Pulau Pinang. |
| berita penuh Konvensyen KMK 2007 |
|
 |
|
 |
|
|
 |
|
 |
 |
BUKU LAPORAN
Buku Laporan mengandungi sinopsis projek yang dilaksanakan oleh kumpulan KMK yang menyertai Konvensyen KMK Kebangsaan. Maklumat lanjut mengenai sesuatu buku laporan boleh didapati dengan menghubungi kumpulan KMK berkenaan. |
 |
VIDEO PERSEMBAHAN
Video Persembahan mengandungi petikan ringkas persembahan projek oleh kumpulan KMK yang menyertai Konvensyen KMK Kebangsaan |
 |
BAHAN RUJUKAN
Bahan Rujukan adalah artikel, kertas kerja, majalah, jurnal dan bahan penerbitan yang berkaitan dengan pengurusan kualiti terutamanya yang berkaitan dengan KMK. |
 |
PEKELILING PERKHIDMATAN
Pekeliling Perkhidmatan adalah semua pekeliling kerajaan yang berkaitan dengan pengurusan kualiti terutamanya pekeliling yang berkaitan dengan KMK yang dikeluarkan dari masa ke semasa. |
|
 |
|
|
 |
|