|
|
KEPUTUSAN KONVENSYEN KMK 2007 |
Majlis Penyampaian Anugerah KMK Kebangsaan Ke-24 Dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2007.
Lokasi : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan
Tarikh : 29hb. Oktober 2007
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak penganjur kepada SUK Kelantan di atas segala kerjasama dan kemudahan yang disediakan dalam menjayakan konvensyen pada tahun ini.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Y. Bhg. Tan Sri KSN turut menyatakan rasa terima kasih kepada SUK Kelantan di atas kesudian menjadi tuan rumah Konvensyen KMK. Ini melambangkan wujudnya hubungan yang akrab antara Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan Perkhidmatan Awam Negeri dalam menjayakan program-program peringkat kebangsaan, dan ianya perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Y. Bhg. Tan Sri KSN turut menegaskan bahawa KMK adalah salah satu kaedah peningkatan kualiti yang masih lagi relevan dalam sektor awam. Bagaimanapun Y. Bhg. Tan Sri KSN menyarankan agar pelaksanaan KMK dikaji semula bagi disesuaikan dengan perkembangan dan keperluan semasa. Seterusnya Y. Bhg Tan Sri KSN mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang menang pada konvensyen kali ini, kepada yang tidak berjaya diharap akan tetap meneruskan aktiviti-aktiviti KMK di jabatan masing-masing.
Penyampaian Anugerah
Anugerah Ketua Pengarah MAMPU telah disampaikan oleh Ketua Pengarah MAMPU, Y. Bhg. Dato’ Normah binti Md. Yusof.
Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Ahmad bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).
Anugerah Ketua Setiausaha Negara telah disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Senarai penuh pemenang-pemenang hadiah Konvensyen KMK tahun 2007 adalah sebagaimana berikut:
KATEGORI PENGURUSAN
ANUGERAH KETUA SETIAUSAHA NEGARA
KUMPULAN WIBAWA - DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN
ANUGERAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
KUMPULAN OG GEMILANG - HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2
KELANTAN
ANUGERAH KETUA PENGARAH MAMPU
KUMPULAN NADI - JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PERAK
PERAK
KATEGORI TEKNIKAL
ANUGERAH KETUA SETIAUSAHA NEGARA
KUMPULAN JUANG - JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SELANGOR
SELANGOR
ANUGERAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
KUMPULAN INTIM - JABATAN PENJARA MALAYSIA
PERAK
ANUGERAH KETUA PENGARAH MAMPU
KUMPULAN eMATEXT - KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN |
|