Berita Terkini
Evolusi Konvensyen: Persembahan Berkesan dan Pemeriksaan Projek!
Pembaharuan dan Penambahbaikan:

1. Melakukan pemeriksaan terhadap Projek-projek KIK bagi memastikan ia benar-benar tulen dan dihasilkan melalui proses KIK yang mementingkan unsur kreativiti dan inovasi;

• Bermula pada 6 Oktober 2009 dan selesai pada 30 Oktober 2009.
• Bertujuan mengesahkan maklumat-maklumat yang telah dilaporkan melalui Buku Laporan Projek KIK kumpulan.
• Sebanyak 20% markah diperuntukkan bagi Audit; baki 80% markah akan diberikan oleh Panel Penilai KIK di mana penilaian adalah berdasarkan Buku Laporan Projek KIK dan semasa persembahan di konvensyen.


2. Persembahan KIK secara impromptu bagi memastikan hasil Projek KIK oleh jabatan-jabatan mencapai tahap ketulenan melalui persembahan yang lebih menarik, kreatif, berkesan dan mampu menarik minat penonton terhadap KIK;

• Bagi membantu peserta-peserta konvensyen pada tahun ini membuat persembahan impromptu, INTAN telah mengadakan 2 siri “Kursus Persembahan Berkesan” iaitu pada 30 September hingga 2 Oktober 2009 dan 7 hingga 9 Oktober 2009 di INTAN Wilayah Tengah di bawah kendalian jurulatih INTAN.
pautan...