|
 |
Apa itu KMK?
KMK bermakna Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.
|
Apa tujuan penubuhan KMK?
KMK bertujuan untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja, dan mengemukakan cadangan bagi meningkatkan mutu kerja.
|
Siapa yang boleh terlibat di dalam KMK ?
Sesiapa yang berminat boleh melibatkan diri dalam KMK.
|
Bilakah KMK diperkenalkan?
1983.
|
Bila kita boleh tubuhkan kumpulan KMK ?
KMK boleh ditubuhkan pada bila-bila masa.
|
Dengan siapa kita boleh hubungi untuk bertanyakan mengenai KMK ?
Pakar Rujuk di Pusat Kecemerlangan KMK di INTAN INTENGAH.
|
Berapa orang boleh terlibat untuk menjadi ahli KMK ?
Tidak melebihi 10 orang.
|
Di manakah kami boleh memperolehi maklumat mengenai KMK?
Anda boleh dapatkan maklumat tersebut di portal KMK dan buku-buku rujukan KMK.
|
Adakah bayaran dikenakan untuk menjadi ahli ?
Tiada bayaran.
|
Kenapa KMK diperlukan ?
KMK diperlukan untuk memberi peluang kepada semua pekerja sektor awam untuk memberi sumbangan kepada Jabatan.
|
Berapa kerap latihan diberikan kepada ahli KMK?
Ini tertakluk kepada tahap kesedaran, ilmu dan pengalaman ahli KMK.
|
Di mana latihan KMK biasa diadakan ?
Di INTAN atau di swasta atau secara dalaman.
|
Siapakah ahli-ahli kumpulan KMK?
Ahli-ahli KMK adalah terdiri daripada pekerja-pekerja daripada unit kerja yang sama atau Unit lain.
|
Apakah objektif KMK?
KMK ada banyak objektif. Antaranya ialah mempertingkatkan produktiviti atau daya pengeluaran ditempat kerja.
|
Siapa mula konsep KMK?
Negara Jepun yang bermula konsep KMK.
|
Apakah contoh-contoh masalah yang boleh diselesaikan oleh KMK?
Segala urusan pejabat boleh diselesaikan oleh KMK.
|
Apakah proses KMK ?
Proses KMK adalah berdasarkan kepada "PDCA-Plan, Do, Check dan Action".
|
Berapa lama bagi satu projek KMK ?
Tempoh masa projek KMK dicadangkan tidak melebihi 3-6 bulan.
|
Apa tindakan penting sebelum bermula KMK?
Memberi latihan kepada ahli-ahli.
|
Apakah kelebihan KMK?
Banyak faedah boleh di perolehi. Antaranya, kita dapat mengeratkan perhubungan pekerja serta memupuk semangat kekitaan dan kesetiaan serta menambah dan mempertingkatkan produktiviti.
|
Apakah faktor-faktor yang boleh menjayakan perlaksanaan KMK?
- Sikap positif dan kesungguhan pengurusan atasan.
- Sokongan dari semua peringkat pengurusan.
|
Adakah KMK hanya untuk sektor awam?
Tidak. Ianya juga telah dilaksanakan dalam sektor swasta dengan jayanya.
|
Di manakah latihan dan khidmat nasihat boleh didapati?
Pakar rujuk Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia dan pakar rujuk swasta.
|
|
|
|
 |